Tips Sikap Yang Betul :-
1. Jika kamu mahu menyuruh seseorang menutup lampu semasa tidak digunakan, jangan kata “Tutup lampu tu, b *d*h!”, sebaliknya kamu patut kata “Kita semua nak menjimatkan elektrik kan? Jadi boleh tak awak tutup lampu semasa keluar dari bilik tu?”
2. Jangan suruh seseorang buat sesuatu kerana kamu mahu begitu, atau disebabkan ia satu peraturan atau polisi, beritahu dia KENAPA dia patut buat begitu.
3. Jangan hanya beritahu apa yang perlu dibuat – beri dia sebab berfaedah berbuat demikian.
4. Jangan kata “Awak marah sebab tak mampu kawal keadaan.”
5. Tiada siapa sempurna. Kita semua buat salah. Jadi kalau silap minta maaf dan akui kesalahan itu. Kesilapan membantu kita belajar buat perkara yang betul di lain masa.
6. Kamu mesti biasakan diri dengan alasan dan sebab orang lain. Kamu mesti sabar sehingga dapat membuat orang lain faham. Mungkin ada yang cuba memanipulasi kamu, tapi jika kamu tabah dan sabar, tiada siapa dapat melakukannya.
7. Jika tidak pasti akan sesuatu, jangan bersetuju dengan apa-apa pun. Kamu mesti fikir secara mendalam sebelum menerimanya.
8. Jika perlu lebih masa, beritahu yang kamu perlu lebih masa. Pastikan yang kamu boleh menepati perjanjian yang dibuat sebelum bersetuju,
9. Perkataan seperti “tidak pernah” dan “selalu” cenderung untuk membuat orang lain melenting apabila menggambarkan perbuatan mereka. Perkataan “Selalu” memberi gambaran kesilapan mereka selalu diperhati dan lebih menonjol berbanding perkara sebenar. “Kadang-kadang” atau “ada kala” adalah perkataan yang lebih baik untuk menggambarkan perbuatan orang lain dan tidak membuat mereka sensitif.
10. Orang lain tidak membuat kamu marah. Kamu sendiri yang melakukannya. Marah terhadap orang lain selalunya menjejaskan kamu, bukan orang itu. Kemarahan dan dendam takkan menyelesaikan masalah, pemikiran logik dan munasabah yang boleh.
11. Jangan biarkan perasaan peribadi dan kecil hati menguasai kamu.
12. Jangan beritahu orang apa yang dia mahu dengar.
13. Beritahu apa yang sepatutnya dia dengar. Beritahu dia dengan cara positif dan membina jadi dia akan mendapat manfaat daripada kejujuran kamu.
No comments:
Post a Comment
Sila komen sebarang topik yang dikarang di atas. Terima Kasih.