Tips Sikap Yang Betul

Tips Sikap Yang Betul :-

1. Jika kamu mahu menyuruh seseorang menutup lampu semasa tidak digunakan, jangan kata “Tutup lampu tu, b *d*h!”, sebaliknya kamu patut kata “Kita semua nak menjimatkan elektrik kan? Jadi boleh tak awak tutup lampu semasa keluar dari bilik tu?”

2. Jangan suruh seseorang buat sesuatu kerana kamu mahu begitu, atau disebabkan ia satu peraturan atau polisi, beritahu dia KENAPA dia patut buat begitu.

3. Jangan hanya beritahu apa yang perlu dibuat – beri dia sebab berfaedah berbuat demikian.

4. Jangan kata “Awak marah sebab tak mampu kawal keadaan.”

5. Tiada siapa sempurna. Kita semua buat salah. Jadi kalau silap minta maaf dan akui kesalahan itu. Kesilapan membantu kita belajar buat perkara yang betul di lain masa.

6. Kamu mesti biasakan diri dengan alasan dan sebab orang lain. Kamu mesti sabar sehingga dapat membuat orang lain faham. Mungkin ada yang cuba memanipulasi kamu, tapi jika kamu tabah dan sabar, tiada siapa dapat melakukannya.

7. Jika tidak pasti akan sesuatu, jangan bersetuju dengan apa-apa pun. Kamu mesti fikir secara mendalam sebelum menerimanya.

8. Jika perlu lebih masa, beritahu yang kamu perlu lebih masa. Pastikan yang kamu boleh menepati perjanjian yang dibuat sebelum bersetuju,

9. Perkataan seperti “tidak pernah” dan “selalu” cenderung untuk membuat orang lain melenting apabila menggambarkan perbuatan mereka. Perkataan “Selalu” memberi gambaran kesilapan mereka selalu diperhati dan lebih menonjol berbanding perkara sebenar. “Kadang-kadang” atau “ada kala” adalah perkataan yang lebih baik untuk menggambarkan perbuatan orang lain dan tidak membuat mereka sensitif.

10. Orang lain tidak membuat kamu marah. Kamu sendiri yang melakukannya. Marah terhadap orang lain selalunya menjejaskan kamu, bukan orang itu. Kemarahan dan dendam takkan menyelesaikan masalah, pemikiran logik dan munasabah yang boleh.

11. Jangan biarkan perasaan peribadi dan kecil hati menguasai kamu.

12. Jangan beritahu orang apa yang dia mahu dengar.

13. Beritahu apa yang sepatutnya dia dengar. Beritahu dia dengan cara positif dan membina jadi dia akan mendapat manfaat daripada kejujuran kamu.

Bangsa Apa Paling Cerdik?




Petunjuk Kebijaksaan.

Menurut PISA, organisasi yang berminat dalam pendidikan manusia paling cerdik, Hong Kong berada di tempat pertama dalam bidang matematik. Finland pula unggul dalam Sains dan kemahiran membaca & menulis. Lebih menarik lagi, Korea Selatan berada di tempat teratas dari segi Penyelesaian Masalah.

Malaysia pula? Hmm..

Jadi persoalannya adakah negara-negara ini memperolehi markah yang tinggi dari PISA kerana mereka memenuhi kehendak pelajar mereka atau pelajar mereka merupakan manusia paling cerdik dalam dunia?

Kenapa pelajar Korea Selatan sangat hebat dalam Penyelesaian Masalah? Kenapa pula Finland bagus dalam kemahiran membaca & menulis dan Sains berbanding Matematik?
Kenapa orang Cina pakar dalam Matematik? Apa kaitan antara Asia( terutama Cina) dengan Matematik?

Adakah kerana bangsa-bangsa ini belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris? Sudah tentu tidak.




Kebiasaannya anak-anak orang China tidak diberi pilihan dalam subjek Matematik. Budaya mereka dikatakan menekan dan mendesak. Anak mereka disyaratkan mendapat keputusan yang baik atau akan didisiplinkan. Bayangkan Ketakutan sebagai Motivasi. Menakjubkan.
Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan setiap bangsa memiliki Gen cerdik dalam masyarakat mereka.










Orang Celtic( bangsa kuno Eropah) dikatakan mempunyai kelebihan dalam bahagian sastera dan Great Britain telah menghasil begitu ramai ahli falsafah yang hebat dan Ireland melahirkan begitu ramai penulis Novel dan Penyair.
Asia dikatakan hebat dalam Matematik. Afrika pula tidak terbanding apabila menyebut tentang irama dan muzik dan sumbangan besar mereka dalam dunia hiburan telah meningkatkan kekayaan seni Amerika secara dramatik. Malah, ramai penulis Afrika yang berbakat.
Disebabkan Amerika mempunyai bangsa yang pelbagai, kita cenderung untuk melabelnya sebagai manusia paling cerdik di dunia. Tapi fikir sebentar, bagaimana pula negara China dengan kuasa minda matematik mereka? Apa yang mampu mereka hasilkan?
China mampu mengalahkan Amerika dengan mudah. China negara yang besar dan apabila berkata tentang matematik, mereka unggul diatas. Jadi mungkin kita bertanya ‘apa matematik boleh buat?’
Matematik sangat penting dalam segala aspek hidup ini. Terutama kepada Saintis, Ketenteraan, Perubatan.
Persoalannya kini. Jika bangsa-bangsa lain sebut saja nama negara mereka sudah terbayang kehebatan mereka dalam bidang tertentu, apa pula kelebihan kita?
Apakah persepsi yang kita mahu apabila nama Malaysia disebut? Apakah kelebihan orang Melayu yang telah ribuan tahun menduduki Tanah Melayu dan Nusantara? Tidak bolehkah kita bagus dalam sesuatu? Kita tidak mampu terus memimpin jika tidak dapat menonjolkan kehebatan dalam sesuatu. Sebaliknya kita akan terus diperlekeh.
Kini sudah tiba masanya kita mencipta Jenama sendiri yang seterusnya akan jadi jenama Malaysia jika mahu bersaing dengan dunia masa kini.

Ketekunan Yang Bijak

Kata Pujangga: Kejayaan ialah perbuatan terus bertahan selepas orang lain telah berundur. ~ William Feather

Apa itu ketekunan yang bijak?

Ketekunan yang bijak ialah keazaman kukuh secara sedar. Ia melibatkan penilaian setiap satu tindakan dan matlamat secara teratur, untuk diputuskan samada ia patut diteruskan atau tidak.

Tip di bawah ini akan menjelaskan lebih tentang ketekunan yang bijak.


9 Tip Bijak Ketekunan.

1. Buru Keinginan hati Anda yang Sebenar.

Kata Pujangga: Jangan lepaskan sesuatu yang anda tidak dapat hidup sehari tanpa memikirkannya.

Kebanyakan waktu kita tak mengejar apa yang sebenarnya kita ingini kerana faktor keselamatan. Kita cuma mengejar impian orang lain dan apa yang sesuai dengan masyarakat sekeliling.
Anda tentunya tidak mahu berasa kesal sehingga ke akhir hayat. Jadi anda harus mengejar impian anda sendiri. Anda perlu miliki rasa ingin tahu seperti anak kecil yang memandang dunia ini dengan penuh kemungkinan.
Setelah anda memburu impian sendiri, ketekunan yang bijak akan datang sendiri. Anda secara semulajadinya akan bermotivasi untuk mencapai keinginan itu.

2. Jangan Keliru Antara Cara dan Matlamat.

Jika ditanya apakah yang anda mahu dalam hidup ini? Kebanyakan orang akan menyebut kebahagiaan. Kita semua mahu hidup yang bahagia. Namun adakalanya kita membuat kaitan yang salah tentang kebahagiaan. Menjadi kebiasaan dalam dunia masyarakat Kapitalis hari ini mengaitkan kebahagiaan dengan Wang. Ini yang terpapar dalam tv, filem dan iklan.
Wang memang penting tetapi lebih penting untuk kita menyedari bahawa ia hanya salah satu cara bukannya matlamat. Matlamat utama sepatutnya Kebahagiaan.
Masalahnya kebanyakan manusia menganggap wang adalah destinasi terakhir mereka dan sebaik sahaja mereka memiliki banyak duit, baru mereka sedar bukan itu yang membuat mereka gembira.
Matlamat utama anda sepatutnya adalah Kebahagiaan.Sebaik saja anda faham, anda akan dapati bahawa jalan menuju kebahagiaan bukan semata-mata dengan duit.
Misalnya membina persahabatan dengan mereka yang positif dan ikhlas akan buat anda bahagia. Berbuat sesuatu untuk masyarakat anda juga memberi kebahagiaan.
Fikir balik segala perkara baik yang Tuhan telah kurniakan kepada kita selama ini juga adalah satu kebahagiaan.

3. Jangan Mengalah kerana Malas.

Kata Pujangga: Genius adalah 1% ilham dan 99 % peluh~ Thomas A. Edison

Hidup yang mudah dan memuaskan hati itu satu yang ideal. Tiada jalan pintas menuju kebahagiaan. Hidup ini satu perjalanan bukannya destinasi. Gaya hidup malas dan mudah tidak memberikan kepuasan dalam jangka masa panjang. Hakikatnya ia mengakibatkan tekanan. Hidup selesa, bahagia dan penuh kepuasan adalah satu kerja keras.

4. Jangan Putus Asa kerana Hasil Yang Lambat dan Kurang.

Kata Pujangga: Kebanyakan perkara penting dalam dunia dapat dicapai oleh orang-orang yang tetap mencuba walaupun semasa harapan terlalu tipis. ~ Dale Carnegie
Dalam waktu begini memerlukan kekuatan keazaman. Anda harus sentiasa memberi dorongan kepada diri sendiri walaupun semasa seluruh dunia fikir anda akan gagal. Anda harus percaya kepada kebolehan diri dan buktikan sebaliknya. Itulah kejayaan sebenarnya.

5. Kejayaan Lebih Hampir Daripada Apa Yang Kita Fikir.
- Kejayaan mungkin berada berdekatan. Walaupun tidak, ketekunan mencapai sesuatu ialah satu tabiat jangka masa panjang yang sangat berguna. Jika anda mengalah sekarang, apa jaminan yang anda takkan buat begitu pada masa hadapan? Jika anda tetap sabar, anda telah membina satu sikap ketabahan. Dalam hidup ini kita memerlukan ketabahan bagi menghadapi dengan cabaran.

6. Jadi fleksibel dan Mahu Berubah.
- Usah biar identiti dan imej kendiri anda sekarang menghadkan apa yang anda hendak capai. Bersedia untuk melakukan perubahan. Belajar kemahiran baru, cuba benda baru. Jangan peduli jika anda kelihatan bodoh dari masa ke semasa. Ingat,jika anda terus mencuba benda yang sama, bagaimana anda nak dapat hasil yang berbeza? Jadi untuk mencapai satu matlamat baru, anda harus buat perubahan sedikit demi sedikit dan cuba pelbagai perkara berbeza.

7. Bayangkan Anda Telah Berjaya

8. Tambah Emosi Pada Matlamat Anda
Matlamat hanya Matlamat. Beberapa perkataan dalam satu ungkapan. Namun jika anda tambah emosi, ia jadi sebahagian daripada anda. Mencapai matlamat itu menjadi sebahagian daripada sifat anda. Mari kita periksa matlamat ini. “Saya nak hilangkan berat badan.” Ini merupakan kenyataan biasa yang tak bermakna. Bagaimana jika ia ditambah emosi? “ Saya nak hilangkan berat badan sebab saya dah bosan melihat ketulan-ketulan lemak dalam cermin. Saya bosan beli baju saiz dua kali ganda lebih besar.” Lebih banyak sebab beremosi lebih baik. Anda perlu secara tetap memeriksa senarai alasan anda dan mencari lebih baik.

9. Baca rangkap kata ini.
Tiada apa dalam dunia boleh ambil alih ketekunan.
Bukan Bakat, kerana tiada apa yang lebih biasa daripada orang berbakat yang tidak berjaya.
Kebijaksanaan juga tidak, ia semata tak membawa kita kemana-mana.
Pendidikan juga tidak mampu, kerana dunia dipenuhi orang-orang berpengetahuan yang tiada arah tujuan.
Hanya ketekunan dan keazaman membawa kejayaan.