CARA JADI PEMENANG:
Pemenang merebut peluang
Seperti semua orang mereka juga takut gagal
Tapi mereka tidak membenarkan ketakutan mengawal mereka
Pemenang tidak berputus asa
Apabila hidup menjadi sukar mereka terus bertahan sehingga keadaan jadi lebih baik
Pemenang seorang yang fleksibel
Mereka sedar ada lebih daripada satu jalan dan bersedia mencuba yang lain
Pemenang tahu mereka tidak sempurna
Mereka menghormati kelemahan diri
Dalam masa yang sama menggunakan sepenuhnya kebolehan mereka
Pemenang jatuh namun mereka tak terus berada di bawah
Mereka berdegil dan enggan membiarkan satu kejatuhan menghalang mereka daripada terus mendaki
Pemenang tidak menyalahkan takdir pabila tewas
Begitu juga bergantung kepada nasib baik apabila menang
Pemenang bertanggungjawab terhadap hidup mereka
Pemenang adalah orang-orang berfikiran positif yang nampak kebaikan dalam semua benda
Daripada biasa mereka buat yang luar biasa
Pemenang percaya dengan laluan yang mereka telah pilih
Pemenang sangat penyabar
Mereka tahu matlamat sama penting dengan usaha mencapainya
Pemenang adalah orang-orang yang percaya pada diri sendiri
Yang menjadikan kehidupan ini lebih baik untuk semua.
P.s: Mulai hari ini, mulakan hidup seperti pemenang sekiranya mahu berjaya dalam apa-apa pun.
Jadilah Pemenang
JADILAH PEMENANG
Pemenang – selalunya sebahagian daripada jawapan
Si Gagal – selalunya sebahagian daripada masalah
Pemenang – Sentiasa ada program
Si Gagal – Selalu ada alasan
Pemenang – kata “biar saya lakukan untuk awak.”
Si Gagal – Kata “Itu bukan kerja saya.”
Pemenang – Nampak penyelesaian dalam setiap masalah
Si Gagal – Nampak masalah dalam setiap penyelesaian
Pemenang – Nampak kolam air di tengah-tengah padang pasir
Si Gagal – Nampak padang pasir dalam kolam air
Pemenang – Kata “Mungkin sukar tapi boleh dilakukan.”
Si Gagal – Pula kata “Boleh err.. tapi sukar.”
7 Rahsia Untuk Jadi Orang Yang Berjaya
Tips Untuk Berjaya:
1. Anda perlu tahu apa matlamat dan impian sebenar anda. – Matlamat itu perlu spesifik dan terperinci contohnya “saya mahu tingkatkan pendapatan saya sehingga RM1000 bulan depan” berbanding “saya mahu meningkatkan pendapatan saya.” Anda harus membina pelan tindakan yang terperinci untuk mencapai matlamat dengan jayanya, selepas itu ikut sahaja pelan itu.
2. Kejayaan memerlukan fikiran yang POSITIF – Tentu anda pernah dengar perkara ini banyak kali dan mungkin ada yg sudah jemu dengannya. Namun sedar atau tidak, kebanyakan daripada kita tidak mengamalkannya. Cuba imbas kembali sepanjang hari ini, berapa banyak kali anda berfikiran positif? Erm.. Sebaiknya sentiasa berfikiran positif, bayangkan kejayaan sekerap yang mungkin, jauhi pemikiran tentang kegagalan. Cuba jauhi orang-orang yg berfikiran negatif. Anda bertindak seperti apa yang anda fikirkan dan Anda adalah Apa Yang Anda Fikir!
3. Jangan bertolak ansur dengan KEBENARAN. Orang berjaya mempunyai INTEGRITI yang sangat tinggi. – Kalau mahu berjaya, jauhi sikap menipu atau berbohong. Pegang teguh pada janji. Apabila buat silap usah keberatan mengakuinya. Orang berjaya tak takut menyatakan kebenaran.
4. Kejayaan memerlukan lebih banyak usaha, usaha dan usaha. – Orang berjaya tidak memeram impian mereka dalam laci. Setiap matlamat mereka penuh dengan pelan tindakan yang terperinci. Matlamat tanpa usaha tidak membuahkan apa-apa. Beranikan diri! Buat sekarang!
5. Jangan berhenti cari ilmu baru. – Belajar sangat penting dalam apa perkara pun yang kita mahu capai. Baca buku, tambah maklumat menerusi internet, media, kembali sambung pelajaran, sertai forum dll. Kalau minat dengan sesuatu hal, cari info yang perlu tentangnya. Belajar kemahiran baru contohnya memasak, berkebun, menggunakan komputer dan sebagainya. Lakukan apa saja untuk jadi yang terbaik.
6. Kalau mahu berjaya, jadi orang yang kreatif dan berbeza. – Orang yang mengikut sahaja apa orang ramai buat tidak akan mencapai sesuatu yang mengagumkan. Orang yang berjaya tidak mengikut sahaja apa yg orang lain buat. Jujur terhadap diri sendiri. Bangunkan pemikiran dan idea sendiri. Kemudian barulah anda akan berjaya!!
7. Untuk berjaya, perlu asah kemahiran berkomunikasi. – Orang yang berjaya sangat jelas dan jujur dalam interaksi dengan orang lain. Mereka turut menggalakkan orang lain melakukan perkara yang sama. Kalau mahu berjaya, latih diri untuk memahami orang lain sebelum kita mahu orang lain memahami kita. Dan seterusnya anda akan berjaya.
7 Rahsia Untuk Jadi Orang Yang Berjaya
Definisi Dan Kepentingan Harga Diri
Harga diri adalah..
Ia sesuatu yang tidak boleh disentuh. Namun ia sangat memberi pengaruh besar kepada perasaan kita. Kita tidak boleh melihatnya tetapi apabila kita memandang imej kita dalam cermin, kita akan dapati ia ada di situ. Kita tidak boleh mendengarnya tetapi ia sebenarnya berada di mana mana semasa kita bercakap tentang diri sendiri. Apakah benda yang misteri ini? Harga diri kita!
Apa itu harga diri?
Kita harus membahagikannya kepada dua terma. Harga perkataan yang digunakan bagi menunjukkan kepentingan atau penilaian kita terhadap sesuatu atau seseorang. Manakala diri pun diri kita! Jadi apabila dua perkataan dicantumkan jadilah harga diri.
Harga diri bukannya bercakap besar tentang kehebatan kita. Tetapi dalam diam tahu bahawa kita sangat berharga. Ia bukan juga berfikir yang kita ini sempurna.Tiada sesiapa yang sempurna. Yang penting adalah kita tahu kita bernilai untuk disayangi atau diterima.
Kenapa harga diri sangat penting? Semua orang tidak mengira dewasa, remaja atau kanak-kanak perlu memiliki harga diri kerana:
1. Ia memberikan kita keberanian mencuba perkara baru.
2. Ia juga membuatkan kita lebih percaya kepada diri sendiri.
3. Apabila kita menghormati diri sendiri, orang lain juga akan menghormati kita
4. Ia juga memudahkan kita membuat keputusan.
5. Harga diri yang tinggi membantu kita memahami yang setiap bahagian diri kita berbaloi untuk dihargai dan disayangi.

Subscribe to:
Posts (Atom)