Ketekunan Yang Bijak

Kata Pujangga: Kejayaan ialah perbuatan terus bertahan selepas orang lain telah berundur. ~ William Feather

Apa itu ketekunan yang bijak?

Ketekunan yang bijak ialah keazaman kukuh secara sedar. Ia melibatkan penilaian setiap satu tindakan dan matlamat secara teratur, untuk diputuskan samada ia patut diteruskan atau tidak.

Tip di bawah ini akan menjelaskan lebih tentang ketekunan yang bijak.


9 Tip Bijak Ketekunan.

1. Buru Keinginan hati Anda yang Sebenar.

Kata Pujangga: Jangan lepaskan sesuatu yang anda tidak dapat hidup sehari tanpa memikirkannya.

Kebanyakan waktu kita tak mengejar apa yang sebenarnya kita ingini kerana faktor keselamatan. Kita cuma mengejar impian orang lain dan apa yang sesuai dengan masyarakat sekeliling.
Anda tentunya tidak mahu berasa kesal sehingga ke akhir hayat. Jadi anda harus mengejar impian anda sendiri. Anda perlu miliki rasa ingin tahu seperti anak kecil yang memandang dunia ini dengan penuh kemungkinan.
Setelah anda memburu impian sendiri, ketekunan yang bijak akan datang sendiri. Anda secara semulajadinya akan bermotivasi untuk mencapai keinginan itu.

2. Jangan Keliru Antara Cara dan Matlamat.

Jika ditanya apakah yang anda mahu dalam hidup ini? Kebanyakan orang akan menyebut kebahagiaan. Kita semua mahu hidup yang bahagia. Namun adakalanya kita membuat kaitan yang salah tentang kebahagiaan. Menjadi kebiasaan dalam dunia masyarakat Kapitalis hari ini mengaitkan kebahagiaan dengan Wang. Ini yang terpapar dalam tv, filem dan iklan.
Wang memang penting tetapi lebih penting untuk kita menyedari bahawa ia hanya salah satu cara bukannya matlamat. Matlamat utama sepatutnya Kebahagiaan.
Masalahnya kebanyakan manusia menganggap wang adalah destinasi terakhir mereka dan sebaik sahaja mereka memiliki banyak duit, baru mereka sedar bukan itu yang membuat mereka gembira.
Matlamat utama anda sepatutnya adalah Kebahagiaan.Sebaik saja anda faham, anda akan dapati bahawa jalan menuju kebahagiaan bukan semata-mata dengan duit.
Misalnya membina persahabatan dengan mereka yang positif dan ikhlas akan buat anda bahagia. Berbuat sesuatu untuk masyarakat anda juga memberi kebahagiaan.
Fikir balik segala perkara baik yang Tuhan telah kurniakan kepada kita selama ini juga adalah satu kebahagiaan.

3. Jangan Mengalah kerana Malas.

Kata Pujangga: Genius adalah 1% ilham dan 99 % peluh~ Thomas A. Edison

Hidup yang mudah dan memuaskan hati itu satu yang ideal. Tiada jalan pintas menuju kebahagiaan. Hidup ini satu perjalanan bukannya destinasi. Gaya hidup malas dan mudah tidak memberikan kepuasan dalam jangka masa panjang. Hakikatnya ia mengakibatkan tekanan. Hidup selesa, bahagia dan penuh kepuasan adalah satu kerja keras.

4. Jangan Putus Asa kerana Hasil Yang Lambat dan Kurang.

Kata Pujangga: Kebanyakan perkara penting dalam dunia dapat dicapai oleh orang-orang yang tetap mencuba walaupun semasa harapan terlalu tipis. ~ Dale Carnegie
Dalam waktu begini memerlukan kekuatan keazaman. Anda harus sentiasa memberi dorongan kepada diri sendiri walaupun semasa seluruh dunia fikir anda akan gagal. Anda harus percaya kepada kebolehan diri dan buktikan sebaliknya. Itulah kejayaan sebenarnya.

5. Kejayaan Lebih Hampir Daripada Apa Yang Kita Fikir.
- Kejayaan mungkin berada berdekatan. Walaupun tidak, ketekunan mencapai sesuatu ialah satu tabiat jangka masa panjang yang sangat berguna. Jika anda mengalah sekarang, apa jaminan yang anda takkan buat begitu pada masa hadapan? Jika anda tetap sabar, anda telah membina satu sikap ketabahan. Dalam hidup ini kita memerlukan ketabahan bagi menghadapi dengan cabaran.

6. Jadi fleksibel dan Mahu Berubah.
- Usah biar identiti dan imej kendiri anda sekarang menghadkan apa yang anda hendak capai. Bersedia untuk melakukan perubahan. Belajar kemahiran baru, cuba benda baru. Jangan peduli jika anda kelihatan bodoh dari masa ke semasa. Ingat,jika anda terus mencuba benda yang sama, bagaimana anda nak dapat hasil yang berbeza? Jadi untuk mencapai satu matlamat baru, anda harus buat perubahan sedikit demi sedikit dan cuba pelbagai perkara berbeza.

7. Bayangkan Anda Telah Berjaya

8. Tambah Emosi Pada Matlamat Anda
Matlamat hanya Matlamat. Beberapa perkataan dalam satu ungkapan. Namun jika anda tambah emosi, ia jadi sebahagian daripada anda. Mencapai matlamat itu menjadi sebahagian daripada sifat anda. Mari kita periksa matlamat ini. “Saya nak hilangkan berat badan.” Ini merupakan kenyataan biasa yang tak bermakna. Bagaimana jika ia ditambah emosi? “ Saya nak hilangkan berat badan sebab saya dah bosan melihat ketulan-ketulan lemak dalam cermin. Saya bosan beli baju saiz dua kali ganda lebih besar.” Lebih banyak sebab beremosi lebih baik. Anda perlu secara tetap memeriksa senarai alasan anda dan mencari lebih baik.

9. Baca rangkap kata ini.
Tiada apa dalam dunia boleh ambil alih ketekunan.
Bukan Bakat, kerana tiada apa yang lebih biasa daripada orang berbakat yang tidak berjaya.
Kebijaksanaan juga tidak, ia semata tak membawa kita kemana-mana.
Pendidikan juga tidak mampu, kerana dunia dipenuhi orang-orang berpengetahuan yang tiada arah tujuan.
Hanya ketekunan dan keazaman membawa kejayaan.