Cara Berfikir Seperti Seorang Pemenang

CARA JADI PEMENANG:

Pemenang merebut peluang
Seperti semua orang mereka juga takut gagal
Tapi mereka tidak membenarkan ketakutan mengawal mereka
Pemenang tidak berputus asa
Apabila hidup menjadi sukar mereka terus bertahan sehingga keadaan jadi lebih baik
Pemenang seorang yang fleksibel
Mereka sedar ada lebih daripada satu jalan dan bersedia mencuba yang lain
Pemenang tahu mereka tidak sempurna
Mereka menghormati kelemahan diri
Dalam masa yang sama menggunakan sepenuhnya kebolehan mereka
Pemenang jatuh namun mereka tak terus berada di bawah
Mereka berdegil dan enggan membiarkan satu kejatuhan menghalang mereka daripada terus mendaki
Pemenang tidak menyalahkan takdir pabila tewas
Begitu juga bergantung kepada nasib baik apabila menang

Pemenang bertanggungjawab terhadap hidup mereka
Pemenang adalah orang-orang berfikiran positif yang nampak kebaikan dalam semua benda
Daripada biasa mereka buat yang luar biasa
Pemenang percaya dengan laluan yang mereka telah pilih
Pemenang sangat penyabar
Mereka tahu matlamat sama penting dengan usaha mencapainya
Pemenang adalah orang-orang yang percaya pada diri sendiri
Yang menjadikan kehidupan ini lebih baik untuk semua.

P.s: Mulai hari ini, mulakan hidup seperti pemenang sekiranya mahu berjaya dalam apa-apa pun.