Definisi Dan Kepentingan Harga Diri

Harga diri adalah..

Ia sesuatu yang tidak boleh disentuh. Namun ia sangat memberi pengaruh besar kepada perasaan kita. Kita tidak boleh melihatnya tetapi apabila kita memandang imej kita dalam cermin, kita akan dapati ia ada di situ. Kita tidak boleh mendengarnya tetapi ia sebenarnya berada di mana mana semasa kita bercakap tentang diri sendiri. Apakah benda yang misteri ini? Harga diri kita!
Apa itu harga diri?
Kita harus membahagikannya kepada dua terma. Harga perkataan yang digunakan bagi menunjukkan kepentingan atau penilaian kita terhadap sesuatu atau seseorang. Manakala diri pun diri kita! Jadi apabila dua perkataan dicantumkan jadilah harga diri.
Harga diri bukannya bercakap besar tentang kehebatan kita. Tetapi dalam diam tahu bahawa kita sangat berharga. Ia bukan juga berfikir yang kita ini sempurna.Tiada sesiapa yang sempurna. Yang penting adalah kita tahu kita bernilai untuk disayangi atau diterima.

Kenapa harga diri sangat penting? Semua orang tidak mengira dewasa, remaja atau kanak-kanak perlu memiliki harga diri kerana:

1. Ia memberikan kita keberanian mencuba perkara baru.
2. Ia juga membuatkan kita lebih percaya kepada diri sendiri.
3. Apabila kita menghormati diri sendiri, orang lain juga akan menghormati kita
4. Ia juga memudahkan kita membuat keputusan.
5. Harga diri yang tinggi membantu kita memahami yang setiap bahagian diri kita berbaloi untuk dihargai dan disayangi.