Motivasi Hari Ini

Motivasi: Semangat atau keinginan untuk mencapai sesuatu.

3 Faktor Kita Hilang Motivasi:


1. Tiada Keyakinan – Jika anda tidak percaya anda boleh berjaya, apa gunanya
mencuba?

2. Tidak Fokus – Kalau anda tidak tahu apa yang anda mahu, adakah anda mahu apa-apa?

3. Tiada Arah Tujuan – Kalau anda tak tahu apa yang hendak dilakukan, bolehkah anda bermotivasi?

Bagaimana untuk memotivasikan diri-sendiri?

Mengekalkan motivasi adalah satu usaha. Semangat kita selalunya dilumpuhkan oleh fikiran negatif dan kerisauan tentang masa depan. Setiap orang berhadapan dengan ragu-ragu dan tekanan. Beza orang yang telah berjaya adalah kebolehan mereka untuk terus bergerak maju ke hadapan.

Tiada penawar segera kepada kurangnya motivasi. Walaupun setelah berjaya menempuh halangan, kita akan sentiasa berhadapan dengannya sebaik saja tanda-tanda kegagalan mula kelihatan.



Kunci utama adalah memahami cara diri sendiri berfikir dan bagaimana ia mempengaruhi emosi kita. Dengan belajar bagaimana untuk memupuk motivasi melalui fikiran, meneutralkan pemikiran negatif dan fokus dengan apa yang sedang dilakukan, anda boleh membebaskan diri daripada terus tidak bersemangat.


Bagaimana untuk meningkatkan keyakinan?



  • Pembunuh utama motivasi adalah tiadanya keyakinan. Biasanya berlaku bila kita terlalu memberi perhatian apa yang dinginkan sehingga lupa apa yang kita ada sekarang.

  • Bila kita terlalu fokus apa yang kita mahu, minda kita akan cipta sebab kenapa kita tak memperolehinya. Ini penyebab kita berfikiran negatif.

  • Kegagalan lalu dan kelemahan diri akan mendominasi minda kita. Kita akan berasa cemburu dengan pesaing kita dan mula mencari alasan kenapa kita tak boleh berjaya.

  • Dalam keadaan ini, kita cenderung memberikan pendapat negatif, membuat andaian buruk tentang orang lain dan hilang keyakinan diri.

  • Cara untuk keluar daripada bentuk pemikiran sebegini adalah tumpukan kepada kesyukuran. Peruntukkan masa untuk berfikir perkara-perkara baik dalam hidup kita. Buat satu senarai tentang kekuatan kita, kejayaan lalu dan kelebihan yang dimiliki sekarang.

  • Kebanyakan orang mempersiakan kelebihan yang dimiliki dan hidup dalam kegagalan. Dengan bersyukur, barulah kita sedar bagaimana cekap dan berjayanya kita selama ini. Ini akan mengembalikan keyakinan diri dan kita akan lebih yakin untuk mencipta kejayaan baru.

  • Memang pelik bila fikir mengingati semula apa yang kita telah tahu boleh memperbaiki cara minda kita berfikir. Tapi percayalah ia sangat berkesan!

  • Semakin banyak kita berfikir perkara negatif, semakin kuat minda kita mengesahkannya. Bila kita percaya kita berhak untuk berjaya, minda kita akan menunjukkan jalan untuk mencapainya.

  • Cara terbaik untuk berjaya adalah keazaman tulen untuk membawa kebaikan kepada seluruh dunia.