Kajian Jenis Pujian

1.Terdapat satu artikel menakjubkan dalam The New York Times Magazine tentang kesan dramatik daripada perbezaan jenis pujian ke atas kejayaan seorang anak semasa menangani cabaran baru.

2.Sekumpulan pengkaji diketuai Prof Carole Dweck meminta sekumpulan kanak-kanak menyiapkan satu siri ujian pendek, dan secara rawak memecahkannya kepada dua bahagian. Setiap kanak-kanak diberi satu baris pujian.

3.Satu kumpulan dipuji kerana kebijaksanaan (Awak semua memang sangat bijak menyelesaikannya), manakala satu lagi dipuji kerana usaha mereka.( Awak semua dah buat bersungguh-sungguh). Perbezaan mudah ini menghasilkan kesan memeranjatkan.


4.Kanak-kanak yang dipuji atas usaha mereka dilihat cenderung memilih ujian yang sukar apabila diberi pilihan, tidak mudah kecewa apabila diberikan ujian yang mereka tak mampu jawab, dan apabila diberi ujian yang sama lagi, mereka berjaya memperbaiki markah mereka.


5.Berlawanan dengan kanak-kanak yang dipuji kerana kecerdikan, mereka lebih cenderung memilih ujian lebih mudah, tertekan dengan kegagalan dan mendapat markah lebih corot setelah mengambil ujian yang sama.

6.Dweck mengesyaki yang pujian juga boleh mendatangkan kesan buruk, malah dia sendiri terkejut dengan magnitud kesan tersebut. “Menekankan usaha memberi seorang budak perubahan yang mereka boleh kawal.”Jelasnya. “Mereka melihat diri mereka mempunyai kawalan terhadap kejayaan mereka. 


7.Menekankan kebijaksanaan semulajadi membuatkan seorang budak merasa dia tiada kawalan, dan ia bukan cara yang berkesan menghadapi kegagalan.”


8.Dalam temuramah berikutnya, Dweck mendapati mereka yang berfikir kebijaksanaan semulajadi adalah kunci kejayaan mula mengambil kira kepentingan usaha. Saya bijak, itulah alasan kanak-kanak tadi, aku tak perlu berusaha lebih keras. 

9.Berusaha keras kelihatan seperti satu keaiban – anda terpaksa menerima bakat semulajadi anda.

10.Mengulangi eksperimennya, Dweck mendapati kesan pujian ini terhadap prestasi terbukti benar ke atas pelajar daripada setiap kelas sosioekonomi.


11.Ia berlaku ke atas lelaki dan perempuan – terutamanya budak perempuan yang paling bijak. ( Mereka biasanya tewas dalam menghadapi kegagalan)


12.Kesimpulannya, memuji anak sangat penting. 


13.Tak terkira banyaknya kajian psikologi yang telah dijalankan yang menunjukkan komen kritikal( mencari salah silap) berlebihan membawa kesan kerosakan kepada mental.

14. Kajian ini cuma mencadangkan dalam menggalakkan anak-anak untuk menangani cabaran dengan lebih efektif, memuji USAHA mereka jauh lebih berkesan daripada kecerdikan mereka.